TABUNG KHAIRAT KEMATIAN & KEBAJIKAN AM
KAMPUNG JAWA, 06900 YAN, KEDAH DARULAMAN.
======================================================================
PENGENALAN
================================================PENGENALAN
Penubuhan Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am Kampung Jawa, Yan, Kedah telah diilhamkan oleh En. Ahmad Shauki bin Hj. Ismail. Mesyuarat penubuhan telah diadakan pada 19 November 2009, jam 9.45 malam di Madrasah Kampung Jawa. Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am ini akan berfungsi di bawah naungan Madrasah Kampung Jawa. Keahliannya adalah disasarkan kepada anak kariah Madrasah Kampung Jawa serta ahli keluarga yang menjadi tanggungannya dan ahli jemaah Madrasah Kampung Jawa.
TUJUAN PENUBUHAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
1. Matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban waris si mati.
2. Menyatukan penduduk setempat untuk mencari jalan terbaik dalam penyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku satu-satu kematian.
3. Memupuk semangat bekerjasama antara masyarakat setempat tanpa mengira fahaman masing-masing.
SYARAT-SYARAT KEAHLIAN
1. Terbuka kepada orang Islam yang bermastautin di Kampung Jawa, 06900 Yan, Kedah serta ahli jemaah Madrasah Kampung Jawa.
2. Satu keahlian akan mewakili satu rumah atau satu keluarga di bawah tanggungannya dan hendaklah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran:
a. Ahli.
b. Isteri/suami.
c. Anak-anak yang belum berkahwin atau tidak bekerja.
- Anak lelaki sehingga berkahwin..
- Anak perempuan yang tidak berkahwin sepanjang hayatnya.
- Anak kurang upaya (OKU) sepanjang hayatnya.
d. Ibubapa/ibubapa mertua yang tinggal bersama secara tetap.
3. Keahlian berkuatkuasa apabila borang pendaftaran telah disahkan oleh Pengerusi/ Setiausaha AJK Khairat Kematian & Kebajikan Am Kampung Jawa dan setelah membuat pembayaran bulan pertama.
4. Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat yuran bulanan dan kutipan terus dijelaskan dan alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah dihubungi.
5. Mereka yang tidak layak menerima sumbangan – saudara kandung, anak yang meninggal dalam kandungan/keguguran, nama tidak didaftarkan dalam Borang
pendaftaran. Walaubagaimanapun wang ehsan akan disumbangkan dibawah Kebajikan Am.
pendaftaran. Walaubagaimanapun wang ehsan akan disumbangkan dibawah Kebajikan Am.
6. Penerimaan sebagai ahli jemputan/kehormat adalah atas budibicara AJK Khairat Kematian & Kebajikan Am dan AJK Madrasah Kampung Jawa. Ahli kehormat/jemputan akan menerima kemudahan-kemudahan yang sama seperti ahli biasa.
7. Sebarang pindaan kepada Peraturan ini adalah tertakluk kepada keperluan semasa.
8. Sekiranya timbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau peraturan Tabung ini, keputusan AJK Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am adalah muktamad.
YURAN
1. Tiada yuran ahli yang akan dikenakan. Bayaran bulan pertama sebanyak RM 10.00 (sepuluh ringgit) beserta borang ahli adalah memadai sebagai ahli setelah disahkan oleh Pengerusi serta AJK.
2. Tempoh keahlian diterima secara automatik bagi ahli yang mendaftar pada tarikh 1.12.2009 sehingga 31.12.2009 (selama sebulan) bagi mendapat sumbangan penuh sekiranya berlaku kematian.
3. Kutipan RM 10.00 (sepuluh ringgit) sebagai amal jariah akan dijalankan setiap bulan.
4. Ahli yang baru mendaftar pada 1.1.2010 dan seterusnya akan dikenakan edah selama 3 bulan bagi mendapatkan sumbangan sekiranya berlaku kematian.
5. Keahlian akan dibatalkan sekiranya ahli tidak membuat pembayaran selama 3 bulan berturut-turut setelah diberi surat peringatan.
6. Ahli yang telah dibatalkan keahlian perlu mendaftar semula dan akan dikenakan edah selama 3 bulan dari tarikh pembayaran baru bagi mendapatkan sumbangan sekiranya berlaku kematian.
7. Segala yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya ahli menarik diri atau dibatalkan daripada menjadi ahli seterusnya.
8. Sumbangan bulanan boleh dibayar ke hadapan dalam jangkamasa panjang atas kehendak ahli.
9. Sekiranya tahap kewangan tidak mengizinkan, pemberian sumbangan adalah tertakluk kepada tahap kewangan Tabung.
10. Jumlah yang minimal daripada Tabung akan digunakan untuk pengurusan Tabung.
SUMBANGAN APABILA BERLAKU KEMATIAN
1. Sumbangan bagi satu kematian:
· Ahli berdaftar : RM 2,000.00.
· Suami/isteri : RM 2,000.00.
· Anak/tanggungan kepada ahli : RM 2,000.00.
· Ibubapa/mertua kepada ahli : RM 2,000.00.
. Anak baru lahir/keguguran cukup sifat : RM 500.00
2. Jika berlaku dua atau lebih kematian serentak dalam satu keluarga atau tanggungan (multiple death), kematian yang pertama akan menerima sumbangan penuh manakala kematian kedua dan seterusnya akan menerima sumbangan kewangan yang akan ditentukan oleh AJK Khairat Kematian & Kebajikan Am.
3. Maksimun RM 5,000,00 (Lima ribu ringgit) akan dikeluarkan bagi kematian serentak.
AKAUN
1. Satu akaun bank akan dibuka khusus untuk Tabung ini. Akaun bank ini akan didaftarkan sebagai akaun kedua di bawah Tabung Khairat Kematian Kampung Jawa dan akan di daftarkan di Bank Islam Guar Chempedak.
2. Penyata kira-kira akan dibuat setiap hujung tahun dan akan disahkan oleh pemeriksa kira-kira. Penyata Kira-Kira akan dibentangkan dalam Mesyuarat Tahunan Khairat Kematian yang akan diadakan sebelum 31 Mac tahun berikutnya.
KEMUDAHAN LAIN
Pihak pengurusan Tabung Khairat Kematian Kampung Jawa akan membantu waris simati dalam mendapatkan kemudahan bagi pengurusan jenazah seperti berikut:
1. Urusan mendapatkan kenderaan jenazah.
2. Tempat mandi jenazah.
3. Team mandi jenazah.
4. Set kelengkapan kapan dan keranda.
5. Tanah perkuburan dan penggali kubur.
6. Imam solat jenazah.
7. Bacaan Yasin dan tahlil di Madrasah Kampung Jawa atau rumah waris si mati di Kampung Jawa.
* Semua kos urusan akan ditanggung oleh waris dari sumbangan yang telah diberikan.
2. Bacaan doa oleh Hj. Abdul Kadir bin Othman.
2.5 Naib Bendahari
SURAT PANGGILAN MESYUARAT
Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am
3. Agenda yang akan dibincangkan.
MINIT MESYUARAT AGONG PERTAMA
CARTA ORGANISASI
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN & KEBAJIKAN
KAMPUNG JAWA 2010
KAMPUNG JAWA 2010
BORANG KEAHLIAN
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN & KEBAJIKAN AM
KAMPUNG JAWA
KAMPUNG JAWA
SENARAI AHLI
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN & KEBAJIKAN AM
KAMPUNG JAWA 2010
KAMPUNG JAWA 2010
SURAT SIARAN KEAHLIAN
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN & KEBAJIKAN AM
KAMPUNG JAWA
Terlebih dahulu izinkan kami AJK Tabung Kahairat Kematian & Kebajikan Am mengucapkan salam
sejahtera dengan iringan doa agar tuan / puan sekeluarga sentiasa mendapat hidayat dan rahmat dari Allah
s.w.t.
7. Sila pastikan setiap pembayaran yang telah dibuat tuan/puan akan diberi resit penerimaan bayaran sebagai
rujukan dan bukti pembayaran tuan/puan.Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan mengenai perkara ini, kami
AJK Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.
Sekian ,terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN & KEBAJIKAN AM,
KAMPUNG JAWA, 06900 YAN,
KEDAH DARULAMAN.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada, Tarikh : 1 Disember 2009
Semua Penduduk Kampung Jawa Ruj. Kami : TKK&KA/01/09
Ahli Jemaah Madrasah Kampung Jawa
KEAHLIAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN & KEBAJIKAN AM
Terlebih dahulu izinkan kami AJK Tabung Kahairat Kematian & Kebajikan Am mengucapkan salam
sejahtera dengan iringan doa agar tuan / puan sekeluarga sentiasa mendapat hidayat dan rahmat dari Allah
s.w.t.
2. Adalah dimaklumkan bahawa dalam mesyuarat AJK Madrasah Kampung Jawa pada 19 November
2009, telah bersetuju menubuhkan ‘Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am’ dan pada 30 November
2009 satu mesyuarat AJK telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan serta perlembagaannya.
2009, telah bersetuju menubuhkan ‘Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am’ dan pada 30 November
2009 satu mesyuarat AJK telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan serta perlembagaannya.
3. Tujuan utama penubuhan ini bagi membantu meringankan bebanan waris si mati serta memberi
sumbangan kewangan kepada ahlinya bila berlakunya kematian.
sumbangan kewangan kepada ahlinya bila berlakunya kematian.
4. Oleh yang demikian, pihak AJK penubuhan amat mengalu-ngalukan tuan/puan menjadi ahli badan ini
demi kepentingan pihak keluarga tuan/puan seandainya berlaku kematian di kalangan keluarga tuan/puan.
demi kepentingan pihak keluarga tuan/puan seandainya berlaku kematian di kalangan keluarga tuan/puan.
5. Bersama siaran ini dikepilkan Borang Keahlian dan Peraturan-Peraturan Tabung Khairat Kematian &
Kebajikan Am serta senarai Nama AJK untuk makluman tuan/puan.
Kebajikan Am serta senarai Nama AJK untuk makluman tuan/puan.
6. Borang Keahlian yang telah lengkap diisi boleh diserahkan wakil di bawah berserta bayaran bulan
pertama sebanyak RM 10.00 (sepuluh ringgit) dan salinan kad pengenalan atau sijil lahir.
pertama sebanyak RM 10.00 (sepuluh ringgit) dan salinan kad pengenalan atau sijil lahir.
Nama | Alamat | No. H/P |
En. Mohd Fauzi b. Nawawi @ Halim | F466, Kg. Jawa, 06900 Yan, Kedah. | 0194276652 |
En. Osman b. Hashim | F479, Kg. Jawa, 06900 Yan, Kedah. | 0174496448 |
En. Razaki b. Ahmad | F464, Kg. Jawa, 06900 Yan, Kedah. | 0134514982 |
7. Sila pastikan setiap pembayaran yang telah dibuat tuan/puan akan diberi resit penerimaan bayaran sebagai
rujukan dan bukti pembayaran tuan/puan.Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan mengenai perkara ini, kami
AJK Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.
Sekian ,terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
......................................................
( AHMAD SHAUKI BIN ISMAIL)
Pengerusi
( AHMAD SHAUKI BIN ISMAIL)
Pengerusi
Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am,
Kampung Jawa, 06900 Yan,
Kampung Jawa, 06900 Yan,
Kedah Darulaman.
MINIT MESYUARAT PENUBUHAN
MINIT MESYUARAT PENUBUHAN
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN & KEBAJIKAN AM KAMPUNG JAWA,
06900 YAN, KEDAH.
Tarikh : 19 November 2009
Hari : Khamis
Jam : 9.45 malam
Tempat : Madrasah Kg. Jawa, Yan, Kedah.
ATURCARA MAJLIS
1. Melantik pengerusi majlis
Hj. Mohamad Subki bin Hj. Mohd Akib
3. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Hj. Mohamad Subki bin Hj. Mohamad Akib. Berbesar hati atas
sokongan dan kerjasama penduduk Kg. Jawa dalam pemaufakatan untuk mewujudkan Tabung Khairat
Kematian & Kebajikan Am. Semoga dengan adanya badan kebajikan ini dapat membantu serta
meringankan bebenan waris si mati.
AGENDA MESYUARAT
1. Penubuhan Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am Kampung Jawa
Cadangan ini dikemukakan oleh En. Ahmad Shauki bin Ismail
Disokong oleh Hj. Saad @ Saidin bin Ismail
Sebulat suara disokong oleh anak khairiah Kampung Jawa yang hadir
2. Perlantikan AJK
2.1 Pengerusi
Hj. Saad @ Saidin bin Ismail mencadangkan En. Ahmad Shauki bin Ismail
Disokong oleh En. Shukor bin Hj. Saad @ Saidin
2.2 Naib Pengerusi
2.2 Naib Pengerusi
En. Shukor bin Hj. Saad @ Saidin mencadangkan En. Md. Rozdi bin Majid
Disokong oleh En. Mohd Fauzi bin Nawawi @ Halim
Majlis sebulat suara menyokong
2.3 Setiausaha
Hj. Saad @ Saidin bin Ismail mencadangkan En. Sanuri bin Othman
Disokong oleh En. Rodzi bin Majid
Majlis sebulat suara menyokong
2.4 Bendahari
En. Omar bin Mohamad Isa mencadangkan En. Mohamad Taib bin Hamid
Disokong oleh En. Jamel bin Ismail
Majlis sebulat suara menyokong
2.5 Naib Bendahari
En. Baain Taharang mencadangkan En. Amanullah bin Shamsuddin
Disokong oleh En. Osman bin Hashim
Majlis sebulat suara menyokong
2.6 AJK
Majlis sebulat suara mencadangkan dan melantik.
3.4.1 Hj. Abd. Kadir bin Othman
3.4.2 En. Mohd Fudzi bin Nawawi @ Halim
3.4.3 En. Shukor bin Saad @ Hj. Saidin
3.4.4 En. Md. Padil bin Ibrahim
3.4.5 En. Omar bin Mohamad Isa
3.4.6 En. Md. Razaki bin Ahmad
3.4.7 En. Ariffin bin Man
3.4.8 En. Jamel bin Ismail
3.4.9 En. Sharuddin bin Abu Hassan
3.4.10 En. Abd. Rahim bin Man
2.7 Penasihat
Majlis sebulat suara mencadang dan melantik
2.7.1 Hj. Mohamad Subki bin Hj. Muhamad Akib
2.7.2 Hj. Saad @ Saidin bin Ismail
4. Lain-lain hal.
4.1 Majlis sebulat suara menyokong cadangan En. Muhamad Taib bin Hamid selaku Bendahari
supaya dibuka satu akaun di Bank Simpanan Nasional Yan Besar di atas nama ”TABUNG
KHAIRAT KEMATIAN & KEBAJIKAN AM KAMPUNG JAWA”
4.2 En. Osman bin Hashim mencadangkan supaya satu Perlembagaan Tabung Khairat Kematian &
Kebajikan Am dibuat dan akan dibahaskan dalam mesyuarat AJK yang akan datang.
Majlis mencadangkan En. Sanuri bin Othman selaku setiausaha supaya dapat merangka
Perlembagaan tersebut sebelum dibentangkan dan diterima pakai pada 30 November 2009.
5. Pemegang Amanah Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am Kg. Jawa
Majlis sebulat suara memberi kuasa pemegang amanah Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am
Kampung Jawa kepada tiga (3) penama berikut iaitu :
5.1 En. Rodzi bin Majid - Naib Pengerusi
5.2 En. Muhamad Taib bin Hamid - Bendahari
5.3 En. Amanullah bin Shamsuddin - Naib Bendahari
Majlis sebulat suara bersetuju proses pengeluaran wang adalah sah bagi mana-mana dua (2) di antara
tiga (3) penama pemegang amanah tersebut.
6. Ucapan Penanguhan
6.1 Hj. Saidin bin Ismail berharap gandingan kerjasama penduduk kg. Jawa untuk bersama-sama
memeriahkan madrasah Kg. Jawa dan berharap mendapat sambutan jika ada majlis yang diadakan
di madrasah.
6.2 Mohd Subki bin Hj. Mohd Akib juga berharap kerjasam antara penduduk Kg. Jawa dan segala
hal hendaklah dibawa berbincang.
Mesyuarat Ditangguhkan pada jam 11.00 malam.
Disediakan oleh Disahkan oleh
………………………………. ………………………………..
SANURI BIN OTHMAN (AHMAD SHAUKI BIN ISMAIL)
Setiausaha Pengerusi
Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am
Kampung Jawa, 06900 Yan, Kampung Jawa 06900 Yan,
Kedah Darulaman. Kedah Darulaman.
SURAT PANGGILAN MESYUARAT PENUBUHAN
Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am
Kampung Jawa, 06900 Yan,
Kedah Darulaman..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada, Tarikh : 11 Mei 2010
-------------------------------------------------
Kampung Jawa,
06900 Yan,
Kedah Darulamam.
Tuan/Puan ,
MESYUARAT AGUNG TABUNG KHAIRAT KEMATIAN & KEBAJIKAN AM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Tuan/ Puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat Agung seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 15 Mei 2010
Hari : Sabtu (malam Ahad)
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Madrasah Kampung Jawa, 06900 Yan, Kedah.
3. Agenda yang akan dibincangkan.
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Laporan Setiausaha
3. Laporan Bendahari
4. Perkara Berbangkit
5. Melantik AJK bagi sesi 2010/2011
5. Hal-hal lain.
6. Kehadiran dan kerjasaman yang tuan/puan akan berikan amatlah dihargai dan semoga majlis kita
diberi hidayahNya serta diberkati Allah SWT, insyallah.
diberi hidayahNya serta diberkati Allah SWT, insyallah.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas.
………………………………………………….
(SANURI BIN OTHMAN)
Setiausaha Tabung Khairat Kematian & Kebajikan AM
Kampung Jawa, 06900 Yan,
Kedah Darulaman.
MINIT MESYUARAT AGONG PERTAMA
MINIT MESYUARAT AGONG PERTAMA
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN & KEBAJIKAN AM KAMPUNG JAWA,
06900 YAN, KEDAH.
Tarikh : 15 Mei 2010
Hari : Sabtu (malam Ahad)
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Madrasah Kampung Jawa, 06900 Yan, Kedah
ATURCARA MAJLIS
1. Melantik pengerusi majlis
Ustaz Ahmad @ Ahmad Nasir bin Abidin
2. Bacaan doa oleh Hj. Abdul Kadir bin Othman.
3. Ucapan Aluan Pengerusi - En. Ahmad Shauki bin Hj. Ismail.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli yang datang bermesyuarat dan amat berharap
penubuhan akan membawa faedah dan kebajikan bersama. Hindari dari berpuak-puak dan berharap apa
yang berlaku harus dibawa berbincang. Beliau berjanji akan mendapatkan banyak sumbangan untuk
tabung supaya dapat menjalankan aktiviti.
AGENDA MESYUARAT
1. Laporan Setiausaha - En. Sanuri bin Othman
- Rujuk Minit Mesyuarat Penubuhan
- Ahli berdaftar – 59 orang
- Ahli ditolak – 1 orang kerana berada diluar
- Pindaan – Tanggungan anak lelaki sehingga ke 21 tahun dipinda kepada sampai berkahwin selagi
menetap bersama keluarga.
- Disahkan oleh : En. Shukor bin Saad @ Saidin
Disokong sebulat suara.
2. Laporan Bendahari En. Amanullah bin Shamsudin
- Rujuk Minit Mesyuarat Penubuhan ms.4
- Tabungan : RM 5550.00
- Perbelanjan : RM 199.55
- Baki : RM 5350.45
- Menyarankan setiap kematian yang berlaku akan menerima sumbangan dalam masa 2 jam dari masa
pemberitahuan.
- Disahkan oleh : En. Mohd Fudzi bin Nawawi @ Halim
- Disokong sebulat suara.
3. Perkara Berbangkit
- Tiada perkara berbangkit
2. Perlantikan AJK
Pengerusi En. Ahmad Shauki bin Hj. Ismain mencadangkan AJK dikekalkan yang lama dan hendaklah
dibuat pemilihan setiap 2 penggal.
Disokong oleh : En. Shukor bin Saad @ Saidin & En. Saharuddin bin Abu Hassan
Perubahan AJK,
En. Omar bin Mohd Isa digugurkan kerana tidak berdaftar sebagai ahli dan digantikan oleh Utz.
Ahmad @ Ahmad Nasir bin Abidin atas cadangan En. Mohd Taib bin Abdul Hamid dan disokong oleh
En. Shukor bin Saad @ Saidin. Cadangan ditutup oleh En. Baim bin Taharang dan disokong sebulat
suara.
2.1 Pengerusi
En. Ahmad Shauki bin Ismail
2.2 Naib Pengerusi
En. Md. Rozdi bin Majid
2.3 Setiausaha
En. Sanuri bin Othman
2.4 Bendahari
En. Mohamad Taib bin Hamid
2.5 Naib Bendahari
En. Amanullah bin Shamsuddin
2.6 AJK
Majlis sebulat suara mencadangkan dan melantik.
3.4.1 Hj. Abd. Kadir bin Othman
3.4.2 En. Mohd Fudzi bin Nawawi @ Halim
3.4.3 En. Shukor bin Saad @ Hj. Saidin
3.4.4 En. Md. Padil bin Ibrahim
3.4.5 Utz. Ahmad @ Ahmad Nasir
3.4.6 En. Md. Razaki bin Ahmad
3.4.7 En. Ariffin bin Man
3.4.8 En. Jamel bin Ismail
3.4.9 En. Sharuddin bin Abu Hassan
3.4.10 En. Abd. Rahim bin Man
Tambahan 2 orang AJK wanita
3.4.11 Pn. Maznah bt Saad @ Saidin dicadangkan oleh En. Abdul Rahim bin Man dan disokong
oleh En. Amanullah bin Shamsudin.
3.4.12 Pn. Che Bah bin Ariffin dicadangkan oleh En. Amanullah bin Shamsudin dan disokong
oleh En. Saidin @ Saad bin Ismail.
2.7 Penasihat
2.7.1 Hj. Mohamad Subki bin Hj. Muhamad Akib
2.7.2 Hj. Saad @ Saidin bin Ismail
4. Lain-lain hal.
4.1 En. Saad @ Saidin bin Ismail - Status cucu yang tinggal bersama datuk/nenek tetapi menpunyai
ibu bapa . Keputusan mesyuarat tidak dikira sebagai tanggungan datuk/nenek.
4.2 En. Baaim bin Taharang - Anak perempuan yang berkahwin yang kematain suami atau bercerai
balik tinggal bersama. Keputusan mesyuarat dikira sebagai tanggungan. Termasuk anak kepada
perempuan tersebut yakni cucu.
4.3 Cucu yang tiada ibu bapa tinggal bersama dikira sebagai tanggungan.
4.4 En. Ahmad Shauki bin Hj. Ismail - Sekiranya terdapat masalah haruslah dirujuk kepada Al-Quran
dan Sunnah.
4.5 En. Ismail Jusuf – Status isteri kedua yang tidak tinggal bersama. Keputusan diterima sebagai
tanggungan.
4.6 En. Abd. Rahim bin Man – bertanya berkenaan bilangan ahli yang belum melepasi edah yakni 3
bulan dari tarikh permohonan. En. Amanullah bin Shamsuddin memberitahu tiada ahli setakat 59
orang dan semuanya melepasi edah yang telah ditetapkan.
4.7 En. Saharuddin bin Abu Hassan bertanya tentang kedudukan anak lelaki yang bekerja di tempat
lain. Keputusan dikira sebagai tanggungan.
4.8 En. Shukor bin Saidin @ Saad bertanya tentang pinjaman bagi membiayai pengajian anak. Keputusan mesyuarat perkara tersebut perlu dibincangkan di dalam mesyuarat AJK.
4.9 En. Osman bin Hasim bertanya tentang jika berlaku sesuatu kematian serentak dalam satu keluarga. Pengerusi, En. Ahmad Shauki bin Ismail menyatakan hanya sumbangan tidak melebihi RM 5000.00 bagi kesemua kematian tersebut.
4.10En. Sanuri bin Othman memohon kepada semua ahli memaklumkan kelahiran ahli keluarga terbaru untuk direkodkan sebagai tanggungan. Satu salinan fotostat sijil lahir hendaklah disertakan bersama.
4.11En. Saad @ Saidin bin Ismail mengingatkan keahlian hanya terbuka kepada penduduk Kampung Jawa serta ahli jemaah Madrasah Kampung Jawa dan kelulusan kerahlian baru tersebut hendaklah dibincangkan di dalam mesyuarat AJK.
4.12En. Osman bin Hasim bertanya tentang ahli baru jika berlaku kematian ke 89 hari keahlian barunya dan En. Amanullah bin Shamsudin edah keahlian tetap 90 hari berdasarkan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama dan dikira tari tarikh keahlian tersebut. Bagaimanapun sumbangan akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK.
4.13En. Amanullah bin Shamsudin mencadangkan diadakan majlis tazkirah iaitu setiap malan Sabtu selepas Maghrib.
4.14En. Saad @ Saidin bin Ismail mencadangkan bila ada kematian minta disembahyangkan di Madrasah Kampung Jawa dan semua anak khariah diminta bersama-sama menyembahyangkannya.
4.15Utz. Ahmad @ Ahmad Nasir bin Abidin pula mencadangkan supaya diadakan kenduri dan majlis tahlil di Madrasah Kampung Jawa. Disokong oleh En. Ahmad Shauki bin Ismail sebagai pengerusi di mana sumbangan kematian RM 2000.00 diberi terus kepada waris dan peruntukan RM 450.00 bagi 3 malam majlis tahlil berturut-turut. Majlis tersebut hendaklah diadakan di Madrasah Kampung Jawa atas persetujuan waris. Majlis tahlil yang diadakan di rumah adalah tanggungan sendiri.
4.16Pn. Zah Babu memohon kerjasama kaum ibu bersama-sama bergotong-royong untuk majlis tahlil tersebut dan disambut baik oleh kaum ibu sebulat suara.
4.17En. Muhd Subki bin Mohd Akib selaku Pengerusi Madrasah Kampung Jawa mengumumkan permohonan mewujudkan Tanah Perkuburan Kampung Jawa ditolak oleh AJK Masjid Jamek Yan. Tiada surat balasan yang diterima oleh AJK Madrasah Kampung Jawa.
5. Ucapan Penanguhan
6.1 Hj. Saidin bin Ismail berharap gandingan kerjasama penduduk kg. Jawa untuk bersama-sama
memeriahkan madrasah Kg. Jawa dan berharap mendapat sambutan jika ada majlis yang diadakan
di madrasah.
6.2 Mohd Subki bin Hj. Mohd Akib juga berharap kerjasam antara penduduk Kg. Jawa dan segala
hal hendaklah dibawa berbincang.
Mesyuarat Ditangguhkan pada jam 11.00 malam.
Disediakan oleh Disahkan oleh
………………………………. ………………………………..
SANURI BIN OTHMAN (AHMAD SHAUKI BIN ISMAIL)
Setiausaha Pengerusi
Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am Tabung Khairat Kematian & Kebajikan Am
Kampung Jawa Kampung Jawa
Yan, Kedah Darulaman. Yan, Kedah Darulaman.